BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 9 February 2010

H.A.N.Y.U.T

Cipta dari segumpal darah,
Jelma seraut wajah,
Rahsia agungnya kudrat Tuhan,
Dan dihembuskannya nyawa,
Diikatkan janji tunduk hanya kepada-Nya.
Namun hakikatnya hidup,
Sarat pesona dusta,
Dugaan tuk menguji kehambaan,
Tiada tempat berlindung dari fitnah dunia,
Selain perlindungan-Nya.
Berkurun terukir sejarah alpa,
Manusia dihanyut indah yang fana,
Terlupa pada fitrah wujudnya,
Hanya ditaraf hamba.
Tenggelam pada bisikan dunia,
Tak sedar langkahmu tika sengsara,
Tergoda pada hasut sengketa,
Lebur fatamorgana.
Telah disuluhkan laluan,
Diberi segala pedoman,
Teriring akal dan fikiran,
Mengapa kehilangan??
Telah tertulis pengakhiran,
Pada selembar takdir insan,
Jiwa yang penuh penyerahan,
Itu yang dijanji syurga.

artis:UNIC